Sinar Perjuangan Cinta Islam

Wednesday 18 May 2011

Cinta seorang perantau....

Sinopsis novel ciptaan ana "Cinta seorang perantau"

Kisah bermula dengan satu pasangan becinta diantara faizal dan nadia.Faizal adalah seorang pekerja di sebuah kedai runcit dan merupakan seorang yang jahil tentang agama.Faizal juga adalah seorang panas baran dan tidak mempunyai sikap bertolak ansur.Manakala Nadia merupakan seorang anak yatim yang tinggal bersama datuk dan neneknya di sebuah kampung,masih menuntut ilmu di sebuah institusi pengajian tinggi.Nadia adalah seorang yang berpegang teguh pada agama,sangat mencintai faizal,kerna pada masa yang sama,faizal telah banyak membantunya sejak zaman sekolah lagi.Hasil dari perkenalan mereka,faizal dan nadia telah menjalinkan hubungan cinta hampir 5 tahun.ketika di institusi pengajian tinggi,nadia telah berjumpa seorang lelaki bernama Andi yang merupakan seorang pelajar di institusi pengajian tinggi tempat nadia belajar.Andi adalah seorang perantau dari indonesia.Andi seorang yang baik hati,penyayang,gemar membantu orang lain.Dan andi juga suka memaafkan orang lain dengan berpandukan sifat penyabarnya yang tinggi.Andi adalah seorang yang kuat pegangan agamanya,sehinggakan setiap masa menyampaikan dakwahnya di kalangan sahabatnya.Andi telah terpikat dengan nadia sejak kali pertama bertemu.Pelbagai cara yang dilakukan andi untuk mengenali nadia,dan akhirnya berhasil.setelah berbulan - bulan bersama,andi telah mencuba yang terbaik untuk memikat hati nadia,dan akhirnya berhasil setelah nadia mengatakan cintanya pada andi.Tapi dalam masa yang sama,faizal tidak mengetahui hal tersebut sehingga pada suatu hari nadia terlepas cakap pada faizal ketika faizal menelefonnya.faizal begitu marah setelah mengetahui hal tersebut.tapi untuk menyelamatkan diri,nadia menyalahkan andi.nadia telah melakukan pelbagai cara untuk meyakinkan faizal bahawa andi yang menganggunya.. Apakah kesudahan cerita ini? bagaimana dengan kisah cinta sejati yang diberikan andi untuk nadia?  nantikan kisahnya hasil dari tulisan novel ana "cinta seorang perantau".. teruskan mengikuti blog ana untuk mengikuti kisahnya sehingga kesudahannya.. ^_^